Aku mula mengemas pakaianku untuk ke tempat kursus. Berkursus selama seminggu dan tentatif
program yang agak padat menyebabkan aku harus membawa banyak pakaian
kerjaku. Sudah tentu aku langsung tidak
punya masa yang cukup untuk mencuci pakaian.
Aku akan bertolak ke Kuala Lumpur pagi isnin ini. Pendaftaran akan bermula jam dua belas
tengahari kerana kursus akan bermula pada jam dua petang. Jadi, aku mengambil keputusan untuk bertolak
pagi isnin sahaja kerana aku yakin aku mempunyai masa yang cukup untuk sampai
sebelum jam dua petang. Tuan Megat pula,
awal-awal lagi telah memohon cuti selama dua hari untuk menghantarku. Aku tidak mampu membantah walaupun aku sama
sekali tidak bersetuju dengan cadangannya itu.
Aku tiada pilihan lain selain terpaksa bersetuju untuk dihantar
oleh Tuan Megat. Sememangnya aku tidak
mampu melakukan apa-apa apabila sudah melibatkan campur tangan orang
tuaku. Entah apa yang Tuan Megat
sampaikan pada ibuku hingga menyebabkan kedua-dua orang tuaku begitu bermurah
hati memberi lampu hijau kepada Tuan Megat.
Tambah menggeramkan aku apabila aku turut dileteri oleh ibuku apabila
dia mendapat tahu aku bercadang untuk menumpang guru lelaki asalnya hingga naik
panas telingaku kerana terpaksa menadah telinga mendengar leterannya.
Bukan main lagi ibuku memarahi aku.
Aku terlalu percayakan orang yang tidak dikenalilah….sengaja
membahayakan diri menumpang orang yang tidak dikenalilah…..berdosa duduk
berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrimlah. Kadang-kadang aku pelik, apakah Tuan Megat
itu muhrimku? Apakah Tuan Megat itu
malaikat? Apakah Tuan Megat itu tidak
merbahaya seperti tuduhan ibu terhadap guru lelaki itu? Kasihan pula aku pada guru lelaki itu kerana
pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepadanya, sedangkan mereka langsung tidak
mengenali siapa guru lelaki itu.
Tambahan pula, aku langsung tidak menghubungi guru lelaki itu untuk
menyatakan hasrat hatiku untuk pergi bersamanya.
Hmmm….tak fasal-fasal dapat dosa free sebab menuduh orang
membuta tuli!
Pagi isnin itu, Tuan Megat datang menjemputku tepat jam tujuh pagi
dengan Toyota Vios hitamnya. Aku sudah
bersiap sedia lebih awal kerana tidak mahu Tuan Megat terpaksa menungguku. Sudahlah dia terpaksa memandu jauh, terpaksa
pula menungguku bersiap. Memang sikapku
tidak suka menyusahkan sesiapa apatah lagi Tuan Megat itu baru saja kukenali.
Tuan Megat terus sahaja keluar dari Viosnya sebaik sahaja
memakirkan keretanya di hadapan rumah sewaku.
Ringkas sahaja pakaiannya. Hanya
berT-shirt Polo berwarna hijau belang putih dan berseluar jeans biru
gelap. Aku dapat melihat wajahnya yang
berseri-seri pagi itu. Suka benar
agaknya bila dapat menghantarku ke Kuala Lumpur. Apataknya back up bukan main kuat dari
orang tuaku tetapi aku cukup masak dengan perangai kedua-dua orang tuaku
terutamanya ayahku. Dia membenarkan Tuan
Megat menghantarku di atas dasar kepercayaan kepada Tuan Megat yang akan
menjaga keselamatan dan kehormatanku.
Jika Tuan Megat berani mengkhianati kepercayaan ayahku, aku rasakan
memang dialah manusia paling bodoh kerana menolak sesuatu yang amat sukar untuk
diperolehi dari seorang yang bergelar ayah kepada seorang anak gadis yang amat
disayanginya.
Sewaktu Tuan Megat sampai, kebetulan Izyan juga baru sahaja hendak
bertolak ke sekolah. Nampaknya hasrat
hatinya yang hendak sangat berkenalan dengan Tuan Megat tercapai jua setelah cukup lama mendesakku
untuk memperkenalkan Tuan Megat kepadanya kerana selama ini dia hanya berpeluang
melihat gambarnya sahaja.
“Assalamualaikum….”, Tuan Megat memberi salam.
“Waalaikumsalam…..”, aku dan Izyan menjawab serentak.
Bukan main tersenyum-senyum si Izyan sebaik sahaja melihat Tuan
Megat melangkah ke arah kami.
“Kenalkan, inilah house mate saya….Izyan. Yan….kenalkan inilah dia Tuan Megat Irfan
Wafiy yang selalu aku ceritakan tu….”, aku terus sahaja memperkenalkan Tuan
Megat kepada Izyan.
“Apa khabar Puan Izyan?
Selalu sangat ke si Wani ni mengumpat di belakang saya?”, soal Tuan
Megat mengusik.
Aku dapat melihat Izyan agak terganggu dengan gelaran ‘puan’ yang
disebut oleh Tuan Megat tadi.
“Baik…alhamdulillah. Mana
ada mengumpat….selalunya si Wani ni tak habis-habis puji Tuan Megat ni handsomelah….baik
hatilah….dan macam-macam lagilah….”, Izyan mula merapu.
Aku mencubit lengan Izyan setelah ku lihat dia sudah mula
merapu. Sebelum dia terus mereka-reka
cerita, lebih baik aku hentikan terlebih dahulu. Nanti semakin ditimpa perasaan pula si jejaka
seorang ini.
“Eh, bukan ke kau kata dah terlambat tadi? Pergilah cepat….nanti merah pulak punch kad
kau tu…..”, aku memotong kata-kata Izyan.
“Jealouslah tu….tak bagi aku sembang lama-lama dengan buah
hati dia tu…..”, balas Izyan pula.
“Banyaklah kau punya jealous….dah pergi cepat!”
“Oklah Tuan Megat….saya minta dulu ye….drive elok-elok…jaga
kawan baik saya ni baik-baik tau….”, balas Izyan kepada Tuan Megat.
Tuan Megat hanya ketawa memerhatikan kerenah kami.
“Insya Allah….of course saya akan jaga buah hati saya ni
baik-baik….sebab tulah saya sanggup hantar di ke KL sebab bukan senang nak jaga
kawan baik awak sorang ni….”, balas Tuan Megat sengaja mengusik aku dan
Izyan.
“Ok Wani….aku pergi dulu.
Jaga diri baik-baik….take care…”, Izyan berslaman denganku dan
terus sahaja mendakapku erat.
“Insya Allah….kau pun jaga rumah baik-baik. Kunci semua pintu dan tingkap….”, pesanku
kepada Izyan kerana kami jarang berpisah selama itu kecuali waktu cuti sekolah.
Sebelum melangkah masuk ke keretanya, Izyan sempat berbisik
kepadaku.
“Boleh tahan! Handsome gila…..nasib
baik aku dah kahwin!”, Izyan berbisik kepadaku.
Aku tidak terkata dengan usikan Izyan. Sebaliknya hanya menepuk manja lengannya.
Aku dan Tuan Megat menghantar pemergian Izyan dengan pandangan
mata.
“Cantik juga ya si Izyan tu….”
“Memanglah….kenapa? Masih
berminat ke?”
“Hishh!! Apa pulak ke
situ? Isteri orang tu!”
“Ooo…kalau bukan isteri orang, memang berminat jugalah…..”
“Alah….setakat suka tengok aje….lumrah manusia kan suka melihat
pada sesuatu yang cantik. Setakat suka
tengok di mata tapi tak sampai ke hati pun…..lainlah Wani….dari mata terus ke
hati…..”
“Yelah tu….dahlah jangan merepek.
Jom….nanti lambat pulak sampai KL….”
“Cemburu ke?”, soal Tuan Megat masih mengusikku.
“Takde masa nak cemburu….jangan nak perasan!”
“Ada orang tak nak mengaku…..”
“Eleh….siapa sebenarnya yang cemburu ni? Semalam bukan main marah lagi bila dengar
saya nak tumpang cikgu lelaki tu….”, balasku sengaja ingin mengenakannya.
“Hmmm…yang tu memang patut cemburu.
Dayus namanya membiarkan kekasih hati berdua-duaan dengan lelaki yang
tak dikenali….”, Tuan Megat masih tidak mahu mengalah.
“Alah…saya langsung tak kenal cikgu lelaki tu….entah-entah suami
orang…dah beranak-pinak….”
“Suami orang lagi bahaya!
Cara mereka tackle perempuan tak sama macam orang
bujang…..maklumlah dah ada pengalaman….”
“Ok….no more talking…let’s go now!”, arahku setelah melihat
Tuan Megat sudah mula merapu.
“Mana beg Wani?”, soal Tuan Megat.
“Tu!”, aku memuncungkan mulutku ke arah beg pakaian yang tersandar
di tepi tembok.
“Amboi! Besarnya beg! Macam tak nak balik lagi aje ni….”
“Angkat ajelah…..banyak songehlah awak ni!”
Tuan Megat terus sahaja memunggah masuk beg pakaianku ke dalam
bonet keretanya. Kami terus bertolak
sebaik selesai mempastikan tiada lagi barang-barang yang tertinggal. Doa naik kenderaan dibacakan Tuan Megat
sebelum kami bertolak.
Sebaik sahaja kereta Tuan Megat
memasuki lebuh raya utara selatan selepas tol Skudai, dia mula mencapai
CD yang banyak tersusun di bahagian atas compartmentnya dan terus sahaja
memasukkan ke dalam CD player.
Aku sendiri tidak tahu lagu apa yang akan dimainkan tetapi dari cover
CD itu aku dapati ia adalah kompilasi lagu-lagu balada bahasa inggeris.
Hmmm….peminat muzik juga Tuan Megat ni rupa-rupanya!
Aku terdiam sebaik sahaja mendengar lagu yang sedang berkumandang. Begitu juga dengan Tuan Megat. Aku melihatnya begitu asyik menghayati lagu
yang dimainkan sambil menyanyi perlahan mengikuti alunan irama lagu itu. Aku mencapai semula cover CD dan
memeriksa tajuk lagu yang sedang dimainkan.
Lagu lama!
You’re My Everything by Santa Esmeralda.
Aku cuba menghayati lirik lagu tersebut.
Na…na….na…..na…..
You’re my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I’m in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head is in a spin
Deep with in
I’m in love…..
You’re my everything
And nothing really matters but the love you bring
You’re my everything
To see you in the morning
With those big brown eyes
You’re my everything
Forever and the day
I need you close to me
You’re my everything
You never have to worry
Never fear
For I am near
For my everything
I live upon the land
And see the sky above
I’ll swim within the oceans sweet and warm
There’s no storm my love
When I hold you tight
There’s nothing that can harm you in the lonely night
I’ll come to you and keep you safe and warm
Yes, so strong my love…..
SANTA
ESMERALDA
Aku terdiam sebaik sahaja selesai menghayati lirik lagu itu. Berdiri tegak bulu romaku mendengar bait-bait
ayat dari lirik lagu tersebut. Aku jadi
tenggelam bersama alunan lembut lagu itu bersama liriknya. Sungguh indah!
Aku tiba-tiba tersedar.
Kenapa aku harus hanyut bersama lirik lagu itu. Itu hanyalah sekadar lirik untuk menyedapkan
lagi lagu tersebut. Namun, aku tidak
dapat menafikan bahawa aku cukup terbuai dengan lagu itu. Jika akulah gadis seperti yang dimaksudkan di
dalam lirik lagu itu, pastinya aku amat bertuah. Betapa lelaki itu cukup menghargai gadis itu.
“Lagu tu favourite song saya….”, tiba-tiba Tuan Megat
bersuara setelah sedari tadi dia begitu asyik melayan lagu itu.
“Oh, ye ke? Kenapa ada
kenangan ke dengan lagu ni?”, soalku sekadar ingin menduganya.
“Tak perlu ada kenangan untuk menyukai sesuatu lagu…..pada saya,
lagu dan liriknya begitu blend sekali….”, balas Tuan Megat.
“Ye ke takde kenangan?
Biasanya kalau kita suka sangat kat sesuatu lagu, mesti ada cerita di
sebalik lagu tu….dari lirik lagu tu, betapa si penulis lirik sayang sekali pada
kekasih hatinya….mesti lagu tu awak tujukan pada ex-girlfriend awak kan?”
“Wani nak saya berterus terang?”
“Terpulang….”
“Baik…saya akan berterus terang.
Sama ada Wani nak percaya atau pun tak, terpulang pada Wani. Sebenarnya dah lama sangat saya menantikan
seorang wanita hadir di dalam hidup saya….dan setiap kali ada wanita yang hadir
di dalam hidup saya, saya mengangankan untuk menujukan lirik lagi tu kepada
wanita berkenaan…..tapi malangnya, seperti yang pernah saya ceritakan pada Wani
dulu, saya tak dapat tujukan lirik lagu tu pada mana-mana wanita lagi….”
“Kenapa pulak?”
“Sebabnya kalau saya sukakan seseorang wanita, tapi ibu
menghalang…..begitu juga sebaliknya…..tapi sekarang, saya rasa saya dah dapat
orang yang sesuai dan perasaan saya padanya menepati seratus peratus seperti
lirik lagu tu….nak tahu siapa?”
Aku diam sahaja.
“Wanilah orangnya……kalau Wani nak tahu macam mana perasaan saya
pada Wani, hayatilah lirik lagu tu kecuali part yang sensored tu
Wani kena deletelah ye sebab saya tak maksudkan macam tu….don’t get
me wrong ok….”
Aku memandang Tuan Megat yang tenang memandu. Kadang-kala perasaan takut tetap juga
menjengah apabila Tuan Megat terlalu berani berbicara soal hati dan perasaannya
kepadaku. Aku merasakan diriku tidak
sepadan langsung dengan gadis yang dicintai di dalam lirik lagu itu kerana aku
merasakan perasaan cinta si lelaki kepada si
gadis terlalu tinggi.
Benarkah apa yang diluahkan oleh Tuan Megat itu? Atau dia sekadar ingin menyedapkan hatiku
dengan janji-janji masnisnya itu. Terasa
sukar benar untukku menolak prasangkaku kepadanya, tetapi aku tidak menyalahkan
diriku seratus peratus. Setelah apa yang
aku lalui dahulu, aku wajar bersikap prasangka kepada mana-mana lelaki pun. Apatah lagi, Tuan Megat itu baru ku
kenali. Terasa mudah sangat Tuan Megat
jatuh hati kepadaku kerana padaku, apabila mudah jatuh cinta, maka mudah juga
untuk melupakannya.
fobia sungguh si wani ni
ReplyDeletetuan megat......nk romantik la plak....
best kak.....
sambung..... hihihi
Thanks Nana....
ReplyDeleteMmg Wani fobia sgt....kegagalan lalu buatkan dia fobia & cukup berhati2 w;pn slowly dia dh mula sukakan Tuan Megat.....
sweet...
Deletegeram lak dengan wani ni..
ReplyDeleteTuan Megat.. Abg pedas.. :-)
Cepet Lyana....kenapa plk geram dgn Wani?? Sabar...jgn emosi eh! Hehe...
ReplyDeleteromantiknya... hehehe...
ReplyDelete